❌ Rakam video perbualan individu kurang upaya
❌ Kemudian kongsikan di media sosial dan tularkan
❌ Komen berbaur kutukan dan hinaan secara berjemaah
Ini adalah contoh perbuatan JELIK yang di lakukan oleh netizen di Malaysia terhadap seorang individu OKU.
Untuk makluman, ini merupakan kali ke dua video individu yang sama di tularkan.
Video sebelum turut mendapat ribuan perkongsian sehingga keluarga tampil merayu agar perkongsian video individu kurang upaya ini di hentikan🙏🏼
Mengapakah individu OKU lebih kerap di buli dan mengapakah ia terjadi?
Ikuti kupasan PHM mengenai isu serius yang dijadikan bahan hiburan netizen Malaysia
.
Fast Fact Mengenai OKU dan Buli
☑️ Kajian sistematik menunjukkan, individu OKU adalah 4 kali ganda lebih berisiko untuk di buli berbanding individu normal.
☑️ 3 kali ganda lebih berisiko untuk di rompak, di samun dan di rogol
☑️ 3 kali ganda lebih berisiko untuk di manipulasi secara seksual semasa kanak kanak
☑️ 1.6 kalo ganda lebih berisiko untuk di abaikan dan di dera semasa kanak kanak
.
Mengapakah individu OKU sering di buli?
Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan golongan OKU berisiko untuk menjadi mangsa buli;
1. OKU mudah dijadikan mangsa dan tidak melawan
2. OKU sering dianggap sebagai individu yang lebih rendah tahapnya dari segi intelektual, kemampuan, kebolehan
3. Pandangan stereotype mengenai individu OKU
4. Individu OKU sering terasing dan di pinggirkan dalam pelbagai aspek
5. Perbuatan buli kepada individu OKU dianggap sebagai hiburan dan normal kepada sesetengah pihak
Seperti didalam kes ini, pihak yang tidak bertanggung jawab telah merakamkan percakapan individu OKU ini dengan niat untuk di jadikan sebagai bahan hiburan di media sosial.
Kekurangan yang di miliki oleh individu OKU ini telah di jadikan modal oleh netizen untuk mempersendakan tingkahlakunya.
Netizen juga tidak melihat perbuatan perkongsian video seperti itu sebagai satu bentuk penindasan kepada golongan OKU tetapi sekadar satu bentuk hiburan untuk bergurau senda
.
Sokong dan Bantu Golongan OKU
Di fahamkan individu OKU ini bekerja di sebuah stesyen minyak di selatan tanah air.
Tahniah dan terima kasih di ucapkan kepada pengusahan dan BHP yang telah mengambil inisiatif dengan mengajikan individu OKU sebagai pekerja mereka.
Ini adalah salah satu contoh untuk menunjukkan peranan pihak industri dan pengusaha untuk membantu dan menyokong golongan OKU untuk menumbangkan tenaga kepada masyarakat.
Mungkin bagi sesetengah pengusaha, mereka lebih rela mengambil pekerja asing yang jauh lebih ekonomi dan efisyen.
Tetapi sokongan murni inilah yang menjadikan sesebuah komuniti itu berbeza dan berada di tahap yang jauh lebih baik dari satu komuniti yang lain.
Bagi masyarakat pula, beri kerjasama dan fahami keadaan dan kekurangan golongan OKU. Galakkan dan sokong mereka untuk bekerja dan menyumbang bakti kepada komuniti
.
Saranan kepada masyarakat
Cuba letakkan diri anda di dalam diri individu OKU tersebut. Mahukah anda di viralkan dengan rakaman video seperti itu?
✅ HENTIKAN sebarang bentuk pembulian dan diskriminasi kepada golongan OKU. 🙏🏼🙏🏼
✅ Mohon mana mana pihak yang mengongsikan video tersebut agar menghentikan penyebaran serta merta
✅ Laporkan kepada Facebook —> klik pada titik titik di atas kanak perkongsian—> give feedback—> pilih harassment
✅ Elakkan dari memberi komen yang berbaur hinaan dan kutukan
Sokong dan bantu Individu OKU 🙏🏼
@public health malaysia
@KKM
Thursday, 26 July 2018
Henti Buli OKU
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KRONOLOGI KARBALA
(salin-tampal: fb BINTANG KARTIKA) Sebelum ini saya tidak pernah menulis kronologi Karbala untuk kepada yang mengatakan saya menyembunyikan...
-
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Pada lazimnya, hak asasi manusia adalah berdasarkan kepada perisytiharan yang dibuat oleh Perhim...
-
Skuad Badar ni aku rasa menyesatkan je. Tak pernah lagi aku dengar orang buat solat hajat untuk mematikan manusia lain. Seorang perempuan y...
No comments:
Post a Comment